Friday, 9 September 2011

Natasha@Tabri Rashid Abu Hassan Yang Perlu Bimbingan


=>Umum sedia maklum, Natasha atau nama sebenarnya Tabri Rashid Abu Hassan. Sedap nama dia ni. Tabri ni seorang pondan (a boy looks like a girl) yang menggemparkan kita (rakyat Malaysia) baru-baru ini dengan kisah "teman istimewanya" yang telah di simbah asid oleh seorang suspek kerana cemburu akan hubungan yang terjalin di antara mereka berdua (Tabri dan teman istimewanya).

Memang lah menjadi pondan itu haram di sisi agama islam tetapi PADA PENDAPAT SAYA, tindakan "mereka-mereka" yang hanya tahu mencemuh tak akan menyelesaikan masalah atau membantu Tabri dalam mengembalikan identitinya."Orang-orang seperti itu" hati mereka lembut dan sensitif. Lihat saja pemberitaan yang Tabri mahu bunuh diri kerana tertekan. Haissh. Memanglah kita diwajibkan menasihati sesama islam tetapi janganlah kita menasihati dia dengan terlalu kasar seperti kita ni tiada dosa. Nasihat guna akal bukan guna hati. Kita seharusnya memberi semangat untuk orang seperti Tabri supaya berubah ke jalan yang benar. Kembalilah ke pangkal jalan wahai saudara se-islam ku, se-negaraku. Amin.

Keretapi Tanah Melayu (KTM)..alahai..



Keretapi Tanah Melayu atau lebih dikenali dengan panggilan KTM di Malaysia ni harus banyak lagi belajar dari sistem per”keretapi”an yang ada di negara-negara lain. Bukan satu dua kritik-kritik pedas tentang lemahnya sistem pengurusan KTM ni. Train delay, berpadat sesak, sistem pengumuman destinasi juga kurang jelas dan banyak lagi. Perkhidmatan KTM buat masa ni masih kurang memuaskan tetapi masih boleh diperbaiki dengan memperbanyakkan gerabak. KTM ni ramai yang guna. Memang maintenance dia payah sikit. Sampah dalam gerabak tu memang tak dapat nak dielak. Hello, ini bukan Singapore. Sedangkan Singapore yang kononnya bebas sampah pun saya masih jumpa sampah-sampah di tepi kaki lima jalan inikan pula Malaysia yang penuh dengan pendatang tanpa izin yang sah-sahnya tidak punya rasa patriotik untuk menjaga kebersihan Malaysia dengan membuang sampah merata-rata (berdasarkan pemerhatian bertahun-tahun). Ya lah, namanya pun pendatang asing TANPA izin (PATI), mana nak takut undang-undang negara ni. Awal-awal lagi dah break the law dengan memasuki Malaysia secara haram. PADA PENDAPAT SAYA, dengan lemahnya penguatkuasaan undang-undang oleh sebilangan penguatkuasa (rasuah,malas,makan gaji buta..take note : sebilangan bukannya semua) memang tak menggerunkan mereka (PATI) dan juga rakyat Malaysia sendiri untuk mengabaikan apa yang harus kita displinkan (tidak membuang sampah dalam train, tidak berebut ketika menaiki train). 

KTM diharap dapat menaik taraf sistem perkhidmatannya demi memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia dan juga pelancong asing seterusnya menggalakkan industri pelancongan di Malaysia.

Pamphlet Dari Jabatan Pembangunan Wanita


=>Wanita Malaysia harus tahu hak-hak wanita dan up-to-date dengan isu-isu semasa (di Malaysia terutamanya). Di sini saya mahu kongsikan pamphlet dari Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia yang telah saya dapatkan ketika menghadiri "talk" yang dianjurkan di University saya. Ceramah berkaitan MENANGANI KEGANASAN RUMAH TANGGA. Kebelakangan ini banyak terjadi kes-kes keganasan rumah tangga yang diberitakan tetapi yang amat menyedihkan, ramai wanita Malaysia tidak tahu bertindak bila berhadapan dengan situasi tersebut dan lebih memilih untuk mendiamkan diri atau terus bersabar dengan "kegilaan" para suami. Analisa yang telah dilakukan mengenai punca-punca, respondent dan juga cara penyelesaian isu ini akan saya kongsikan dengan anda.



Apa itu keganasan rumah tangga?
=Merupakan satu aspek kekejaman dalam rumah tangga. Ianya berlaku apabila terdapat kecederaan fizikal, didera secara seksual, meletakkan si mangsa sentiasa di dalam ketakutan, kesedihan dan kebebasan mangsa disekat.

Siapakah mangsa keganasan rumah tangga?
=Isteri/bekas isteri, suami/bekas suami, anak-anak, ibu bapa, ahli keluarga yang tinggal serumah dan pembantu rumah.

Apakah jenis-jenis keganasan rumah tangga?
=Penderaan fizikal, penderaan emosi, penderaan mental, penderaan spiritual dan penderaan seksual.

Bagaimana keganasan rumah tangga boleh berlaku?
=>Tahap 1 (Peningkatan Tekanan) : Bermula dengan perselisihan, si isteri lebih banyak mengalah dan si suami menjadi dominan.
=>Tahap 2 (Permulaan Insiden Keganasan) : Si suami tidak dapat mengawal kemarahan, si isteri tidak melawan dan memendam perasaan. Keadaan ini menyebabkan si isteri mengalami tekanan psikologi yang keterlaluan.
=>Tahap 3 (Penyesalan) : Si suami menunjukkan kasih sayang yang berlebihan untuk memujuk. Keadaan ini menyebabkan si isteri berkeyakinan si suami akan berubah.

Apakah punca-punca keganasan rumah tangga?
1. Si mangsa kurang kesedaran tentang hak-hak mereka dalam aspek agama dan undang-undang.
2. Takut kehilangan tempat bergantung.
3. Malu mengadu tentang kepincangan keluarga sendiri.
4. Memikirkan kepentingan anak-anak.
5. Termakan pujuk rayu dan janji manis pasangan.
6. Takut dengan ugutan pasangan.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda adalah mangsa?
=>Jika keganasan pada tahap yang tidak serius :
1. Kenal pasti punca berlakunya keganasan rumah tangga.
2. Cuba berbincang secara baik dengan pasangan.
3. Dapatkan bantuan khidmat kaunseling, antaranya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tribunal Perkahwinan dan Bahagian Bimbingan dan Kaunseling JPW.

 =>Jika keganasan pada tahap yang serius :    
1. Laporkan kepada pihak polis.
2. Pastikan anda mendapatkan rawatan doktor jika berlaku kecederaan.
3. Laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) untuk mendapatkan Perintah Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO).
4. Dapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Agama Islam atau Tribunal Perkahwinan untuk menentukan status perkahwinan anda.
5. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Bimbingan dan Kaunseling JPW,
Rumah Nur Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN).

*Di sini saya sertakan :
No Phone Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) : 03-26971080
No Fax : 03-26934740
Website : www.jpw.gov.my
Alamat : KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA DAN MASYARAKAT,
              Tingkat 25-26, Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
              Jalan Raja Laut, 50582 Kuala Lumpur, Malaysia.

Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong



Malaysians mana yang tak kenal dengan beregu utama (lelaki) negara untuk sukan badminton. Mereka ialah Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. Bakat mereka yang di asah bekas pemain handalan beregu Indonesia, Rexy Mainaky ini mulanya menyinar tetapi kemudiannya “berkarat”. Berkaratnya mereka bukan disebabkan apa tetapi PADA PENDAPAT SAYA hanyalah kerana ketahanan mental mereka yang lemah,tiada displin yang kuat di antara mereka dan strategi yang kurang berkesan dalam permainan.

Kebanyakan pemain badminton kita suka menggunakan taktik “bertahan”. Harusnya seimbang. Lihat sajalah beregu yang sedang meningkat naik (beregu Korea), strategi menyerang mereka sangat berkesan. Jangan beri alasan mereka (Koo & Tan) tak boleh menyerang kerana tangan mereka tak kuat untuk smash dan blablabla. Alasan demi alasan. Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Sebenarnya masalah dalaman mereka itu,..hmm..tak boleh juga salahkan coach Rexy 100% sebab mungkin dia sudah beri arahan yang sepatutnya diikuti oleh mereka berdua tetapi mereka berdua lakukan sesuatu atas kehendak sendiri . Banyak kesalahan-kesalahan kecil yang boleh dielakkan. Selalu saja mereka sia-siakan peluang di depan mata. Jangan buatkan kami (rakyat Malaysia) kurang percaya kepada kalian. Untuk kami percaya kalian (Koo & Tan), kalian kena percaya diri sendiri dulu. Sekarang ni mereka telah mendapat coach baru yang menggantikan Rexy dan kita lihat saja lah ada tak perubahan positif mereka. Kita tunggu dengan penuh harapan. Duit kerajaan dah banyak terbuang dalam usaha melatih kalian dan menghantar kalian ke pertandingan-pertandingan kejuaraan badminton yang berlangsung di luar negara. Tolong lah hargai.

Thursday, 8 September 2011

Cukai Talian PraBayar (Prepaid)? Lagi?

 
=>PADA PENDAPAT SAYA, Wooo, ini memang serius melampau!. Memang la setiap syarikat di Malaysia ni dikenakan cukai(tax). Oh, alasan anda(pihak bertanggungjawab) adalah cukai memang dah dikenakan sejak tahun 1998 tetapi syarikat telekomunikasi yang serap? Apa ni? Kalaupun tax, takkan la sampai 6%? Sedangkan syarikat yang lebih terkenal especially restoran makanan segera macam KFC dan Pizza Hut pun taxnya tak macam tu! Oh ya lah, telefon kan sekarang ni benda “wajib” dan bukan pilihan seperti restoran makanan segera. Apa-apa pun memang anda jangkakan kami (pengguna) ni “terdesak” untuk beli tambah nilai (top-up), sebab tu la anda “menanguk di air yang keruh, sambil menyelam minum air”. Tak cenggitu?. Di Malaysia ni yang kaya makin kaya, yang tertindas makin tertindas. Cara saya : kurangkan top-up. Tak mahu la saya men”gemuk”kan lagi poket-poket mereka yang sudah tersedia “gemuk”. Ada juga sisi baik pelaksanaan sistem 60 sen ni yang akan bermula 15 September ini iaitu, menggalakkan kita menghargai masa dan tidak la ber”gayut” 24 jam dengan telefon.

OPS SIKAP yang ke-24, Apa lah Nak Jadi!?


=> Ops sikap ni bukannya perkara baru di Malaysia. Ops sikap ni bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya dan mengawal lalu-lintas kenderaan supaya berjalan dengan lancar terutamanya di musim perayaan. Dengan adanya ops sikap diharap displin pemandu-pemandu kenderaan di Malaysia dapat di tingkatkan tetapi lihat saja lah apa yang berlaku dengan ops sikap ke-24 baru-baru ini (Hari Raya Aidil Fitri 2011). Walaupun di akui jalanraya kurang sesaknya ketika beberapa hari menjelang hari raya tetapi PADA PENDAPAT SAYA, itu semua bukan kerana kejayaan ops sikap tetapi jumlah kenderaan berkurangan di atas jalanraya kerana para pelajar (para pelajar banyak menggunakan kenderaan persendirian) sudah pulang jauh lebih awal untuk hari raya berbanding tahun-tahun sebelumnya dek kerana dasar baru cuti semester (di awalkan).

=> Seperti yang kita ketahui, kadar kemalangan jalanraya bagi ops sikap ke-24 ni meningkat dari tahun lepas. Kenapa? Jawapannya, buatlah oppsss sikap atau oppsss serkap sekalipun, kalau sikap pemandu-pemandu di Malaysia ini tetap sama kelakuannya, takkan ada perubahan.Bukannya nak mengkritik saja tetapi ini semua saya coretkan berdasarkan pengalaman. Lihat saja lah kelakuan pemandu-pemandu kenderaan di Malaysia, bila di tempat lain bukan main “pijak semut pun tak mati” terutama bila depan kekasih tetapi bila di atas jalanraya, memotong sana memotong sini "saja-sajanya". Yang bawa motorsikal pula sesuka hati sahaja buat zig-zag dan bawa motor tengah-tengah garisan lane tu. Orang lain pun nak cepat juga tapi kawal-kawal la “speed” dan perasaan anda ketika di jalanraya! Kalau kemalangan bukan anda seorang sahaja yang susah tetapi semua pengguna di jalanraya berkaitan juga susah (kesesakan lalulintas disebabkan kemalangan, doktor-doktor tak menang tangan). Ni paling saya tak puas hati bila ops sikap hari tu, ada ke patut banyak kereta guna lorong kecemasan (memotong dari kiri jalan) dan bila jalan di depan tu dah mati (tak ada jalan), mulalah nak himpit kereta lain untuk masuk lane lain. Jangan pentingkan diri sendiri. Beradab la sikit. Ingat orang lain juga.  Maaf kalau terkasar bahasa tetapi “bangkai gajah walau di tutup pun akan tetap berbau juga, akan tetap terlihat juga”. Renung-renungkan bersama (menasihati diri sendiri juga).

Makeover : Korean Inspired Make-up (BB Cream)

=>Rasanya seluruh dunia dah tahu rahsia Make-up artis Korea yang flawless iaitu dengan menggunakan BB Cream. Make-up artis Korea ni tak lah tebal sangat macam sesetengah Make-up artis dari negara-negara lain. PADA PENDAPAT SAYA, Make-up artis Korea sangat natural look.

=>"Ter"jangkit dengan demam Korea yang melanda kebanyakan negara-negara di dunia ini (sungguh hyperbola statement ku), saya pun beli lah BB Cream dan tengok tutorial Make-up Artis Korea dekat Youtube.

=>PENGAKUAN : saya ni tak tahu berMake-up tapi saja-saja nak cuba sebab suka tengok Make-up artis Korea terutamanya.

=>Ni saya tunjukkan STEP-STEP saya dalam mencuba Make-up menggunakan BB Cream dan sedikit barangan kosmetik yang lain. MAAF la kalau Make-up saya ni tak tebal sangat atau tak terlihat bezanya sebab kalau tebal-tebal tu "kurang" la KOREAnya. hehehe..perasan betul saya ni padahal mata tu bulat. Kulit tu coklat. (tahu diri). Take note : Barangan Make-up ikut la kesesuaian@kebiasaan anda.

STEP 1 (cuci wajah anda dengan facial cleanser, kemudian sapukan toner dan moisturiser)

(Ini la wajah saya tanpa sebarang Make-up@wajah asli)..huhuhu..sangat kusam dan tak bermaya. Okay tak apa! Mari kita ke STEP yang kedua.

STEP 2 (pakai@sapukan BB Cream ke wajah anda secara merata)


Lihat! wajah kurang kusam dengan BB Cream. Menutup cela-cela yang ada di wajah saya. BB Cream (blemish balm). Krim wajib orang Korea especially artis mereka.

STEP 3 (pakai compact powder)
Pakai Compact Powder ni bukannya apa, kalau dalam kes ni, untuk kurangkan kilatan BB Cream tadi, almaklumlah namanya pun krim. Lagi satu Compact Powder ni akan menampakkan kesan dramatis saat kita pakai blusher nanti & banyak lagi lah fungsinya. (baca sendiri. Bangsa membaca, bangsa berjaya)


STEP 4 (pakai eyeshadow/eyeliner, pakai lipgloss/lip balm/lipstick dan sedikit blusher)
Okay, apa yang saya tengok dekat tutorial artis Korea tu, blushernya jangan dipakai terlalu tebal, nanti kurang pula natural looknya. Jeng!Jeng!Jeng, SIAP dah..:p

Ha! kalau Make-up malam pula blushernya kena letak lebih sedikit la. Gambar di bawah ni saya ambil pada waktu malam.

=> "Ni Sarami Aminkabwa..lalalala.."

Wow!! Untuk T3 Acne Scar Serum..!!






Acne/Pimple/Jerawat memang lah sangat merunsingkan. Minggu lalu saya ada tumbuh jerawat. Leceh. Tak suka betul. Jerawat ni penyakit kulit. Siapa la yang suka dengan namanya "sakit". Saya pun cari-cari la produk apa yang nak di guna untuk surutkan jerawat yang "seketul" ni. Tengah tengok-tengok produk penjagaan kulit dekat sebuah mall ni, tiba-tiba ternampak la pula T3 Acne Scar Serum ni. Saya pun apa lagi, nampak saja tulisan "penghapus" parut jadi saya pun "melabur" la untuk Serum ni sampaikan terlupa pula motif utama saya sebenarnya nak beli krim "surut" jerawat. Monolog saya ketika sampai dirumah, "aik, yang saya nak "kerjakan" ni jerawat, jerawat pun tak surut-surut lagi dah sibuk-sibuk pasal parut". Saya pun tawakkal sajalah guna Serum ni manalah tahu Serum ni pun boleh surutkan jerawat. Dua hari saja guna Serum ni jerawat terus kering. PADA PENDAPAT SAYA, Serum ni Mantap!! Mantap!! Katakan TIDAK pada Acne, "Tidak!Tidak!", Katakan TIDAK pada penyakit, "Tidak!Tidak!"..HIDUP SIHAT, JIWA SELAMAT..:p

Tuesday, 6 September 2011

Kata-kata Tun Dr Mahathir Yang Boleh Dijadikan Motivasi

Tun Dr Mahathir, atau nama sebenar beliau, Mahathir Mohamad adalah ex-prime minister of Malaysia yang ke-4. Beliau lahir pada 10 July 1925 di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Beliau cemerlang dalam bidang akademik sehingga berjaya menjadi seorang doktor. Beliau kemudiannya bergiat aktif dalam politik selama 40 tahun. Beliau telah menjadi perdana menteri Malaysia ke-4 selama 22 tahun bermula dari tahun 1981 sehingga tahun 2003. Beliau juga telah berjaya memajukan Malaysia daripada sebuah negara yang kurang maju dari segi ekonomi kepada sebuah negara yang sedang berkembang pesat. Hmm..teman baik saya yang bukan warganegara Malaysia juga menghormati kejayaan beliau kerana berjaya memajukan Malaysia dalam masa yang boleh dikatakan singkat. Dengan bangunan itu dan ini (ex. Menara berkembar Petronas@KLCC), sistem transportasi yang baik dan banyak lagi.

Lupakan sejenak segala sejarah, kontroversi atau kareer politik beliau. Apa yang saya mahu kongsikan adalah petikan dari kata-kata beliau yang  PADA PENDAPAT SAYA boleh dijadikan motivasi@inspirasi untuk kita supaya kita bertindak bijak menangani masalah@sesuatu isu yang kita hadapi. Cuba tangani masalah yang kita hadapi dengan tenang dan sebaik mungkin. Jangan pernah lari dari masalah kerana melarikan diri dari masalah takkan dapat menyelesaikan masalah kita dalam jangka masa yang panjang. Mari kita bersama menjadi lebih berani dalam menghadapi masalah@kehidupan harian.

Kata-kata beliau (Tun Dr Mahathir) :
“I realize that I make enemies. I have no choice. Either I come here and sit comfortably and be nice to people and do nothing or else, I try to do something even at the expense of being unpopular. I don’t think I’ll be permanent here".

Sunday, 4 September 2011

Kenapa Recycle Bin Di Malaysia Menjadi Dustbin?


Saya tau jawapannya kerana sejujurnya saya adalah antara warga Malaysia yang tak betul-betul memanfaatkan kehadiran Recycle Bin. Saya jadikan Recycle Bin sebagai isu di sini apabila teringatkan soalan yang pernah ditanya oleh seorang jejaka inggeris yang telah lama menetap di Malaysia, dia bertanya  kepada saya, “kenapa orang Malaysia tak guna Recycle Bin to the fullest?”. Orang dulu-dulu kata “nak seribu daya, tak nak seribu alasan”. Pada Pendapat Saya, jawapan dan alasan adalah hal yang sama. Saya nak bagi tiga jawapan/alasan kenapa saya dan juga majority warga Malaysia tak guna Recycle Bin sangat. Pertama, warga Malaysia yang mahu menggunakan Recycle Bin, dikawasan perumahan mereka tiada Recycle Bin tetapi sebahagian warga Malaysia yang tak mahu menggunakan  Recycle Bin pula pihak tertentu menyediakan Recycle Bin. Kedua, warga Malaysia tak suka buat "dua tiga kali kerja", kalau boleh, nak buat semua kerja sekaligus saja. Buang/lupus semua sampah dalam satu plastik sampah(majority orang Malaysia cakap plastik hitam). Konon tak ada masa nak asingkan beberapa plastik sampah untuk dikhaskan kepada barangan plastik,kaca,kertas,aluminium atau sisa makanan sebelum dibawa turun ke Recycle Bin ditingkat bawah rumah(apartment/condo) atau hujung kawasan perumahan. Nak jimat plastik sampah dan jimat masa konon. Ketiga, sikap. Sebenarnya sikap kita yang sudah terbiasa tersogok dengan upah@wang. Kita biasanya akan mengutamakan sesuatu kalau kita nampak dengan jelas faedahnya kepada diri kita terutama dari segi kewangan. CUBA KERAJAAN TAWARKAN 1 JUTA RINGGIT KEPADA SESIAPA YANG RECYCLE BARANG.  Mesti kita semua Recycle kan?Confirm punya lah. Inilah sikap yang kita semua kena kikis (saya menasihati diri sendiri juga). Kalau sesuatu peraturan tu baik, tak salah untuk kita lakukan. Recycle barang dapat menghalang alam kita dari terus termusnah. Mengurangkan pokok-pokok kita dari terus ditebang. Kalau pokok-pokok balak di Malaysia semua ditebang, kan kerajaan kena import kertas/papan dari negara luar. Matawang negara nanti akan mengalir keluar. Suatu kerugian untuk negara. Marilah kita guna Recycle Bin dengan sewajarnya. Jujur,displin dan bersama mengubah mentality kita kearah yang lebih baik.

Bersesak-sesak di Pintu Bus RapidKL


Pada yang tak tau bus RapidKL (tapi rasanya klo orang Malaysia mestilah tau),  bus RapidKL ni adalah sejenis bus (pengangkutan/transportasi awam) yang memiliki kelengkapan boleh dikatakan agak bagus lah. Bus Rapid beroperasi di sekitar Kuala Lumpur,Selangor dan Penang (klo di Penang dipanggil Rapid Penang). Saya katakan agak bagus sebab kelengkapan dalam bus Rapid ni memang selesa, siap ada air conditioner, tv plasma, susunan kerusi yang kemas, ada tempat pemegang yang banyak dan bahagian untuk orang kurang upaya TETAPI PADA PENDAPAT SAYA, pengurusan dibahagian pembayaran Rapid kurang memuaskan hati (bukan saja saya tapi saya ada juga dengar rintihan dari para pengguna yang lain) menyebabkan kesesakan di pintu bus Rapid sesuai dengan tajuk saya “bersesak-sesak di pintu bus RapidKL”. Saya perincikan bahagian pengurusan pembayaran bus Rapid yang kurang efficient ni. Seperti yang kita tahu, bus RapidKL/Rapid Penang tidak menerima pembayaran tunai(cash) sebaliknya jika kita ingin menggunakan perkhidmatan bus ini, kita haruslah membeli terlebih dahulu kad Rabbit atau Rapid Touch n Go/Touch n Go(biasa) dan perlu top-up(menambah nilai) kad-kad tersebut sebelum menyentuhkan kad kita di mesin censor bus yang kita naiki. Kepada warga Malaysia, kelebihan tentunya ada kerana dengan menggunakan MyKad(identity card) kita boleh menambah nilai dan menggunakan MyKad kita sama fungsinya seperti kad Rabbit atau Touch n Go. Sistem pembayaran seperti ini bukanlah menimbulkan masalah atau rasa kurang puas hati kerana kebanyakan negara maju memang menggunakan pembayaran seperti Touch n Go ini, cuma pengurusan pembayaran bus Rapid ni..hmm..kenapa tak ada mesin top-up kad Rabbit atau Rapid Touch n Go di stesen menunggu bus Rapid yang memang ada banyak staff Rapid jaga/duduk?. Dekat KL Sentral memang la ada dan dalam bus Rapid tu sendiri memang ada mesin tu tapi saya rasa lebih efektif klo ada juga mesin top-up kad Rabbit ni dekat beberapa stesen menunggu bus Rapid yang sesak. Lagi sekali, memanglah mustahil nak sediakan mesin top-up kad Rabbit atau Rapid Touch n Go di semua stesen menunggu bus Rapid tetapi at least sediakanlah di tempat-tempat di mana begitu banyak pengguna Rapid seperti stesen menunggu berdekatan University dan Pusat Bandar. Pengguna kad Rabbit yang selalunya  top-up pada mesin top-up di pintu bus Rapid menyebabkan kesukaran untuk penumpang-penumpang yang lain masuk ke dalam bus menjadikan pintu bus sesak dan menyebabkan penumpang yang belum berjaya masuk ke dalam bus hilang sabar seterusnya melakukan sesuatu yang kurang baik. Selain itu, kebiasaannya pemandu bus Rapid tidak akan bergerak selagi pengguna kad Rabbit tak berjaya top-up n touch. Ini akan melambatkan dan merugikan masa penumpang-penumpang yang lain untuk menunggu wang mereka(pengguna kad Rabbit) di terima mesin. Jikalau ada mesin top-up kad Rabbit di tempat menunggu bus Rapid yang di jaga semestinya dapat mengurangkan kesesakan di pintu masuk bus dan menjimatkan masa kerana saya yakin masa menunggu bus(sebelum bus Rapid sampai) akan digunakan sebaiknya oleh pemegang kad Rabbit untuk mereka top-up kad mereka. Sesiapa pun sebolehnya mau menjimatkan masa kerana masa sangat berharga. Di harap bus Rapid akan ada pembaharuan dalam sistem pengurusan pembayaran sesuai dengan pembaharuan sistem pembayarannya yang dahulunya menggunakan cash dan sekarang yang telah bertukar pada sistem Touch n Go.