Friday, 9 September 2011
Pamphlet Dari Jabatan Pembangunan Wanita
=>Wanita Malaysia harus tahu hak-hak wanita dan up-to-date dengan isu-isu semasa (di Malaysia terutamanya). Di sini saya mahu kongsikan pamphlet dari Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia yang telah saya dapatkan ketika menghadiri "talk" yang dianjurkan di University saya. Ceramah berkaitan MENANGANI KEGANASAN RUMAH TANGGA. Kebelakangan ini banyak terjadi kes-kes keganasan rumah tangga yang diberitakan tetapi yang amat menyedihkan, ramai wanita Malaysia tidak tahu bertindak bila berhadapan dengan situasi tersebut dan lebih memilih untuk mendiamkan diri atau terus bersabar dengan "kegilaan" para suami. Analisa yang telah dilakukan mengenai punca-punca, respondent dan juga cara penyelesaian isu ini akan saya kongsikan dengan anda.
Apa itu keganasan rumah tangga?
=Merupakan satu aspek kekejaman dalam rumah tangga. Ianya berlaku apabila terdapat kecederaan fizikal, didera secara seksual, meletakkan si mangsa sentiasa di dalam ketakutan, kesedihan dan kebebasan mangsa disekat.
Siapakah mangsa keganasan rumah tangga?
=Isteri/bekas isteri, suami/bekas suami, anak-anak, ibu bapa, ahli keluarga yang tinggal serumah dan pembantu rumah.
Apakah jenis-jenis keganasan rumah tangga?
=Penderaan fizikal, penderaan emosi, penderaan mental, penderaan spiritual dan penderaan seksual.
Bagaimana keganasan rumah tangga boleh berlaku?
=>Tahap 1 (Peningkatan Tekanan) : Bermula dengan perselisihan, si isteri lebih banyak mengalah dan si suami menjadi dominan.
=>Tahap 2 (Permulaan Insiden Keganasan) : Si suami tidak dapat mengawal kemarahan, si isteri tidak melawan dan memendam perasaan. Keadaan ini menyebabkan si isteri mengalami tekanan psikologi yang keterlaluan.
=>Tahap 3 (Penyesalan) : Si suami menunjukkan kasih sayang yang berlebihan untuk memujuk. Keadaan ini menyebabkan si isteri berkeyakinan si suami akan berubah.
Apakah punca-punca keganasan rumah tangga?
1. Si mangsa kurang kesedaran tentang hak-hak mereka dalam aspek agama dan undang-undang.
2. Takut kehilangan tempat bergantung.
3. Malu mengadu tentang kepincangan keluarga sendiri.
4. Memikirkan kepentingan anak-anak.
5. Termakan pujuk rayu dan janji manis pasangan.
6. Takut dengan ugutan pasangan.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda adalah mangsa?
=>Jika keganasan pada tahap yang tidak serius :
1. Kenal pasti punca berlakunya keganasan rumah tangga.
2. Cuba berbincang secara baik dengan pasangan.
3. Dapatkan bantuan khidmat kaunseling, antaranya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tribunal Perkahwinan dan Bahagian Bimbingan dan Kaunseling JPW.
=>Jika keganasan pada tahap yang serius :
1. Laporkan kepada pihak polis.
2. Pastikan anda mendapatkan rawatan doktor jika berlaku kecederaan.
3. Laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) untuk mendapatkan Perintah Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO).
4. Dapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Agama Islam atau Tribunal Perkahwinan untuk menentukan status perkahwinan anda.
5. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Bimbingan dan Kaunseling JPW,
Rumah Nur Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN).
*Di sini saya sertakan :
No Phone Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) : 03-26971080
No Fax : 03-26934740
Website : www.jpw.gov.my
Alamat : KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA DAN MASYARAKAT,
Tingkat 25-26, Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
Jalan Raja Laut, 50582 Kuala Lumpur, Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment