Pada yang tak tau bus RapidKL (tapi rasanya klo orang Malaysia mestilah tau), bus RapidKL ni adalah sejenis bus (pengangkutan/transportasi awam) yang memiliki kelengkapan boleh dikatakan agak bagus lah. Bus Rapid beroperasi di sekitar Kuala Lumpur,Selangor dan Penang (klo di Penang dipanggil Rapid Penang). Saya katakan agak bagus sebab kelengkapan dalam bus Rapid ni memang selesa, siap ada air conditioner, tv plasma, susunan kerusi yang kemas, ada tempat pemegang yang banyak dan bahagian untuk orang kurang upaya TETAPI PADA PENDAPAT SAYA, pengurusan dibahagian pembayaran Rapid kurang memuaskan hati (bukan saja saya tapi saya ada juga dengar rintihan dari para pengguna yang lain) menyebabkan kesesakan di pintu bus Rapid sesuai dengan tajuk saya “bersesak-sesak di pintu bus RapidKL”. Saya perincikan bahagian pengurusan pembayaran bus Rapid yang kurang efficient ni. Seperti yang kita tahu, bus RapidKL/Rapid Penang tidak menerima pembayaran tunai(cash) sebaliknya jika kita ingin menggunakan perkhidmatan bus ini, kita haruslah membeli terlebih dahulu kad Rabbit atau Rapid Touch n Go/Touch n Go(biasa) dan perlu top-up(menambah nilai) kad-kad tersebut sebelum menyentuhkan kad kita di mesin censor bus yang kita naiki. Kepada warga Malaysia, kelebihan tentunya ada kerana dengan menggunakan MyKad(identity card) kita boleh menambah nilai dan menggunakan MyKad kita sama fungsinya seperti kad Rabbit atau Touch n Go. Sistem pembayaran seperti ini bukanlah menimbulkan masalah atau rasa kurang puas hati kerana kebanyakan negara maju memang menggunakan pembayaran seperti Touch n Go ini, cuma pengurusan pembayaran bus Rapid ni..hmm..kenapa tak ada mesin top-up kad Rabbit atau Rapid Touch n Go di stesen menunggu bus Rapid yang memang ada banyak staff Rapid jaga/duduk?. Dekat KL Sentral memang la ada dan dalam bus Rapid tu sendiri memang ada mesin tu tapi saya rasa lebih efektif klo ada juga mesin top-up kad Rabbit ni dekat beberapa stesen menunggu bus Rapid yang sesak. Lagi sekali, memanglah mustahil nak sediakan mesin top-up kad Rabbit atau Rapid Touch n Go di semua stesen menunggu bus Rapid tetapi at least sediakanlah di tempat-tempat di mana begitu banyak pengguna Rapid seperti stesen menunggu berdekatan University dan Pusat Bandar. Pengguna kad Rabbit yang selalunya top-up pada mesin top-up di pintu bus Rapid menyebabkan kesukaran untuk penumpang-penumpang yang lain masuk ke dalam bus menjadikan pintu bus sesak dan menyebabkan penumpang yang belum berjaya masuk ke dalam bus hilang sabar seterusnya melakukan sesuatu yang kurang baik. Selain itu, kebiasaannya pemandu bus Rapid tidak akan bergerak selagi pengguna kad Rabbit tak berjaya top-up n touch. Ini akan melambatkan dan merugikan masa penumpang-penumpang yang lain untuk menunggu wang mereka(pengguna kad Rabbit) di terima mesin. Jikalau ada mesin top-up kad Rabbit di tempat menunggu bus Rapid yang di jaga semestinya dapat mengurangkan kesesakan di pintu masuk bus dan menjimatkan masa kerana saya yakin masa menunggu bus(sebelum bus Rapid sampai) akan digunakan sebaiknya oleh pemegang kad Rabbit untuk mereka top-up kad mereka. Sesiapa pun sebolehnya mau menjimatkan masa kerana masa sangat berharga. Di harap bus Rapid akan ada pembaharuan dalam sistem pengurusan pembayaran sesuai dengan pembaharuan sistem pembayarannya yang dahulunya menggunakan cash dan sekarang yang telah bertukar pada sistem Touch n Go.
definately correct . menyusahkan la juga cz sgt lmbt nk tunggu . anyway update to twitter this issue . hopely RapidKL well update for rakyat as well . and the most important MyKad pon boleh top up right? nak cuba .. thanks
ReplyDelete