=> Ops sikap ni bukannya perkara baru di Malaysia. Ops sikap ni bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya dan mengawal lalu-lintas kenderaan supaya berjalan dengan lancar terutamanya di musim perayaan. Dengan adanya ops sikap diharap displin pemandu-pemandu kenderaan di Malaysia dapat di tingkatkan tetapi lihat saja lah apa yang berlaku dengan ops sikap ke-24 baru-baru ini (Hari Raya Aidil Fitri 2011). Walaupun di akui jalanraya kurang sesaknya ketika beberapa hari menjelang hari raya tetapi PADA PENDAPAT SAYA, itu semua bukan kerana kejayaan ops sikap tetapi jumlah kenderaan berkurangan di atas jalanraya kerana para pelajar (para pelajar banyak menggunakan kenderaan persendirian) sudah pulang jauh lebih awal untuk hari raya berbanding tahun-tahun sebelumnya dek kerana dasar baru cuti semester (di awalkan).

=> Seperti yang kita ketahui, kadar kemalangan jalanraya bagi ops sikap ke-24 ni meningkat dari tahun lepas. Kenapa? Jawapannya, buatlah oppsss sikap atau oppsss serkap sekalipun, kalau sikap pemandu-pemandu di Malaysia ini tetap sama kelakuannya, takkan ada perubahan.Bukannya nak mengkritik saja tetapi ini semua saya coretkan berdasarkan pengalaman. Lihat saja lah kelakuan pemandu-pemandu kenderaan di Malaysia, bila di tempat lain bukan main “pijak semut pun tak mati” terutama bila depan kekasih tetapi bila di atas jalanraya, memotong sana memotong sini "saja-sajanya". Yang bawa motorsikal pula sesuka hati sahaja buat zig-zag dan bawa motor tengah-tengah garisan lane tu. Orang lain pun nak cepat juga tapi kawal-kawal la “speed” dan perasaan anda ketika di jalanraya! Kalau kemalangan bukan anda seorang sahaja yang susah tetapi semua pengguna di jalanraya berkaitan juga susah (kesesakan lalulintas disebabkan kemalangan, doktor-doktor tak menang tangan). Ni paling saya tak puas hati bila ops sikap hari tu, ada ke patut banyak kereta guna lorong kecemasan (memotong dari kiri jalan) dan bila jalan di depan tu dah mati (tak ada jalan), mulalah nak himpit kereta lain untuk masuk lane lain. Jangan pentingkan diri sendiri. Beradab la sikit. Ingat orang lain juga. Maaf kalau terkasar bahasa tetapi “bangkai gajah walau di tutup pun akan tetap berbau juga, akan tetap terlihat juga”. Renung-renungkan bersama (menasihati diri sendiri juga).
No comments:
Post a Comment